Halaman

Friday, 3 June 2011

Melahirkan Syabab Yang Beriman....

Dalam satu mesyuarat tergempar yang diadakan di Darun Nadwah, Mekah, sekumpulan manusia berkumpul dan berfikir apa yang patut mereka lakukan untuk menjatuhkan Muhammad S.A.W,nabi yang kita cintai. Pelbagai idea dan pandangan telah diutarakan, namun semuanya dirasakan tidak efektif, kecuali ada satu pandangan yang menarik perhatian mereka:
“Aku punya satu cadangan. Kita pilih tiga puluh pemuda yang kuat-kuat dari seluruh kabilah suku Quraisy. Kita berikan mereka setiap seorang sebilah pedang yang tajam. Kemudian suruh mereka menebas Muhammad serentak. Dengan begitu, darah Muhammad tumpah di tangan kabilah-kabilah ini.”
Itulah pandangan populis dari Abu Jahal, gengster besar yang menentang dakwah Rasulullah SAW.
Apa yang boleh kita belajar dari situasi ini???
     

Al Haq vs Al Bathil
  • Pertama, pakatan jahiliah dan penentang kebenaran, mereka bersekongkol dan bersatu hati untuk melemahkan kebenaran hatta sedia untuk menghancurkan Islam dengan apa cara sekalipun, asalkan kemenangan berpihak kepada mereka. Ini yang perlu kita sedar. Sejarah ini akan terus berulang dan berulang. Menariknya mereka akan mengadakan ‘musyawarah’ dan bersungguh-sungguh memberikan buah fikiran untuk mencari jalan terbaik memenangkan kebatilan yang mereka yakini. Mereka serius terlibat untuk memberi dokongan dan sokongan. Dan mereka bersatu mencari jalan untuk melemahkan Islam!!!
Tahukah korang bahawa Yahudi Israel telah memulakan perancangan menubuhkan Negara haram mereka sejak tahun 1897 dalam Kongres Pertama Zionis di Switzerland . Pada tahun 1917, melalui Perisytiharan Balfour kerajaan Britain berjanji untuk menyokong penubuhan negara Yahudi di Palestin. Pada tahun 1936, Suruhanjaya Peel mencadangkan Palestin dibahagikan kepada negara untuk orang Yahudi dan negara untuk orang Arab. Negara-negara Arab dan rakyat Palestin tidak bersetuju dan menentang usaha jahat barat dan Yahudi. Namun saat itu negara Arab dan umat Islam tidak mempunyai kekuatan akibat perpecahan.
Hasilnya adalah Resolusi 181 yang membahagikan Palestin di antara orang Yahudi dan Arab. Yahudi menerima 56% kawasan mandat British yang diduduki oleh ramai orang Yahudi sementara Jerusalem akan ditadbir oleh PBB. Pelan ini diterima oleh majoriti masyarakat Yahudi tetapi ditolak oleh masyarakat Arab.
Pada 29 November 1947, pelan ini diundi dalam Perhimpunan Agung PBB. Keputusannya 33 menyokong, 13 menentang dan 10 berkecuali.
Demikianlah kebatilan dibela dan diperjuangkan dengan bersungguh-sungguh oleh para pendukungnya, Oleh kerana itulah Ali bin Abi Thalib ra pernah menyatakan :
“Al-haq yang tidak diurus dengan baik akan dikalahkan oleh Al-bathil yang terurus dengan baik”.
     

Syabab: Kekuatan Islam atau Agen Bathil?

  • Keduanya, pro jahiliyah juga menjadikan syabab sebagai agen pelaksana perancangan jahat mereka. Jahiliyah sedia menghimpun syabab mereka yang terbaik untuk mendokong cita-cita mereka menumbangkan al Haq.
Tahukah korang bahawa gerombolan pemuda dan pemudi Yahudi datang dari barat, timur, utara dan selatan, meninggalkan tanah tumpah darah mereka semata untuk mendirikan negara haram Israel di atas puing-puing bangunan dan darah para syuhada Palestin yang berselerakan. Bahkan mereka tidak puas dengan Israel yang kecil itu. Mereka menyeru kepada penubuhan “Israel Raya” iaitu menguasai seluruh daerah sepanjang Sungai Eufrat ke sungai Nil. Anak-anak mereka semenjak kecil diwajibkan mempelajari dan menguasai kitab Thalmud, sumber rujukan mereka yang antara kandungannya mendidik anak –anak dan pemuda mereka bahawa bangsa mereka adalah bangsa terbaik dan bangsa lain adalah binatang dan tunggangan untuk mereka.
Bagaimana pula dengan syabab kita (termasuk aku sekali) saat ini!!? 24 jam yang kita semua miliki, apa yang kita semua isi dengannya!!? Sedang menelaah ilmu dan mempersiapkan diri untuk menjadi pemimpin masa depan Islam yang berintegriti dan berketerampilan, atau sedang menghabiskan masa dengan sia-sia!!?
Bagaimana pula syabab kita dengan Al Quran!!? Di hati atau dalam almari!!? Menjadi cara hidup atau sekadar penghias dinding rumah untuk menghalau syaitan dan hantu!!? AL Quran diamali atau diketepi!!?
Sesungguhnya, musuh Islam sedar bahawa Islam juga diperkuatkan oleh syababnya. Justeru mereka juga telah mengadakan konspirasi dan perancangan terperinci untuk merosakan potensi dan kekuatan para syabab Islam agar syabab Islam sama ada lelaki mahupun perempuan tidak mampu bersaing dan sekualiti dengan pemuda dan pemudi  mereka.
Mereka telah berjaya mempengaruhi syabab Islam dengan pelbagai cara dan pendekatan agar jauh dari sumber kekuatan Islam yang sebenar. Dalam satu khutbah yang disampaikan oleh Dr. Yusof al-Qaradhawi, beliau menyebut:
Demi Allah, saya terpukul menyaksikan fenomena menyedihkan yang berlaku di kalangan pemuda, baik di kalangan Arab mahupun kaum muslimin. Pemuda Islam menghadapi fenomena lemahnya akhlak dan sukakan kemungkaran. Para pemuda Islam tidak memiliki impian dan cita-cita besar untuk menegakkan risalah dalam hidup mereka. Andai mereka ada cita-cita mulia ini, pastilah mereka tidak akan memikirkan perkara-perkara yang telah menyisihkan jatidiri mereka sebagai muslim.”
Keluhan ulama tersohor ini ada benarnya. Hari ini yang menjadi agen cara hidup barat dan bukan Islam bukan diterajui oleh pemuda barat, tetapi dipimpin dan dibarisi oleh anak muda Islam sendiri. Pemuda barat kini telah menjadi idol dan pujaan anak muda Islam. Anak muda Islam menjadi pengikut setia mereka dan bersedia mempertahankan pegangan dan kefahaman mereka yang semakin jauh dari kebenaran.
Apakah Islam sudah ketiadaan syabab Islam yang boleh diharapkan? Yakinlah, Islam tidak akan pernah kehilangan syabab rabbani yang mulia yang sedia mempertahankan kalimah thoiyyibah. Malahan Islam pernah melahirkan pemuda contoh yang luar biasa untuk kita semua jadikan teladan dalam kehidupan seharian. Saidina Ali bin Abi Talib, pemuda luarbiasa yang semenjak kecil telah bergabung dengan dakwah Rasulullah SAW. Islam dihiasi dengan kewibawaan Mu’sab Bin Umair, pemuda yang pernah diusir dan diharamkan menyentuh kekayaan keluarganya sendiri, yang akhirnya menjadi murabbi dan da’i “special” dikirimkan oleh Rasulullah SAW meneruskan misi dakwah ke Madinah sehingga mencetuskan fenomena baru di Madinah. Dan ramai lagi syabab yang bergabung dengan pasukan dakwah Rasulullah SAW. Mereka bersungguh dan serius berhimpun di sekeliling Rasulullah SAW, menanti arahan dengan penuh siap siaga, memimpin umat mendepani dakwah dan berjihad mempertahankan kalimah Allah !!!

Andai sahaja syabab Islam kini berfikir dan bertindak seperti Usamah bin Zaid, seusia 18 tahun memimpin pasukan jihad yang dibelakangnya dibarisi oleh sahabat-sahabat terkemuka, atau berfikir dan memiliki kualiti diri seperti Muhammad Bin Al-Qasim Ats-Tsaqafi yang memimpin pasukan Islam untuk membuka India saat beliau berusia 17 tahun, apakah ianya mustahil untuk dilahirkan kembali???
      * * * * *
Melahirkan Pemuda Beriman!
Sekarang korang sudah fahami bahawa kunci kebangkian ummah adalah pada tangan syabab yang beriman untuk bertembung dengan pemuda kebatilan. Solusi terbaik adalah kembali melahirkan syabab rabbaniyah. Al-Quran telah mengambarkan syabab beriman yang aktif dalam dakwah Islam pada kisah Ashhabul Kahfi.
Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk; dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata: “Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran”. (Surah al-Kahfi 18: 13 – 14)
Dari ayat yang mulia ini dapat korang faham bahawa para pemuda yang beriman memiliki tiga karakter utama yang mendasar, iaitu:
  •  Iman kepada RABB mereka (Allah)
Mereka merupakan syabab yang meyakini Allah, Rasul, Malaikat, Kitab, Hari Akhir dan Qadha dan Qadar. Nilai keimanan sybab jauh lebih tinggi dari nilai keimanan orang yang sudah tua. Sebab syabab beriman di tengah-tengah gejolak nafsu muda yang masih berkobar, sementara orang-orang yang sudah tua melakukan ketaatan tanpa halangan kerana sudah mendekati akhir hayat.
Syabab dakwah sentiasa meningkatkan dan mempertahankan iman yang menyala dalam hati mereka. Mereka tidak rela sedikitpun iman itu berubah atau berkurang. Mereka berupaya menghidupkan api iman ini di tengah-tengah masyarakat. Sesungguhnya mereka menyedari bahawa manusia tanpa iman tiada nilainya di sisi Allah SWT.
  •  Tetap istiqamah mengikuti petunjuk Allah SWT
Maknanya syabab yang tahu arah perjalanan dan sentiasa berjuang menegakkan kebenaran dengan petunjuk bimbingan Allah SWT. Mereka selalu berpegang teguh kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah sebagai hidayah Allah yang diyakini akan menyelesaikan segal persoalan dengan adil dan bijaksana. Mereka ingin masyarakat diatur oleh Pencipta alam semesta dan tidak diatur oleh mereka sendiri atau dikendalikan oleh hawa nafsu segolongan manusia tertentu.
  •  Bersikap Furqan
Syabab dakwah mampu membezakan mana yang haq (benar) dan mana yang batil (salah). Mereka mengerti betul, mana yang membawa keimanan dan Islam dan mana yang membawa kekufuran dan kesesatan. Setelah itu, mereka menolak segala hal yang membawa kepada kekufuran dan menerima keimanan dengan penerimaan yang total. Sikap furqan merupakan pancaran keimanan dan kefahaman terhadap Tauhidullah yang diajarkan Islam.
Mereka meyakini bahawa Allah SWT adalah satu-satunya sumber hidup yang harus ditaati dan sumber ilmu agar diri tidak merasa sombong serta dijadikan tujuan akhir. Beserta itu, mereka menolak hak Allah ini diberikan pada selain Allah.
Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan kepadamu furqaan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa) mu. Dan Allah mempunyai karunia yang besar.” (Surah al-Anfaal 8: 29)
Selain itu, beberapa karakter yang lain juga menjadikan para pemuda mampu untuk mengembang tugas dakwah. Di antaranya:
  •  Bersikap kritis menghadapi masyarakat
Syabab beriman yang memikul beban dakwah memahami masyarakat yang menjadi medan dakwahnya. Mereka tahu bagaimana menghadapi situasi itu secara benar dan kritis. Kekritisan mereka tidak menjadikan mereka anarkis atau membuat mereka ekstrim. Mereka memahami jalan menuju perubahan umat dan bekerja untuk itu secara hati-hati dan teliti.
  •  Berbeza dalam prinsip dan sikap hidup, tetapi bergabung di tengah-tengah kehidupan bermasyarakat.
Syabab beriman yang mencintai dakwah menyedari kekeliruan yang ada pada masyarakat dan sanggup untuk menghindarkan diri mereka dari kekeliruan tersebut. Sementara mereka tetap hidup dan bercampur di tengah-tengah masyarakat itu dengan prinsip dan akhlak yang berbeza. Mereka tidak tertipu dengan realiti masyarakat yang berbuat kedustaan terhadap agama Allah SWT. Firman Allah SWT:
Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?” (Surah al-Kahfi 18: 15)

Thursday, 2 June 2011

Salam Ukhwah!!!

Assalamualikum...alhamdulillah..bersyukur saya kepada Allah S.W.T. kerana telah memberi peluang kat saya untuk buat blog sendiri.sekarang aku dah ada blog, tapi apa aku nak buat dengan benda alah ni ??? sape ada cadangan untuk merungkai masalah aku ni sila ANGKAT TANGAN!!hehe...saje je..

Eheh,kenapa awal-awal lagi aku dah bebel pasal kegunaan blog pulak ni ?? patutnya penulisan aku yang 'paling sulung' ni dimulakan dengan dimulakan dengan pengenalan diri aku...kan (3X)..kata pujangga :
       " Tak kenal maka tak cinta ...."
Jadi aku kenalah perkenalkan diri aku ni dulu.baru korang tahu sape dia penulis blog ni...tapi kalau korang tak nak tahu pun tak pe...

Oklah,aku namakan slot ni dengan nama slot 'ice breaking'. eheh..tak boleh tak boleh !! tak boleh guna bahasa ROJAK !!nanti kena tegur dengan Adi Putra (manusia genius matematik). Untuk pengetahuan korang semua,beberapa minggu yang lalu,beliau ada datang kat sekolah aku.Beliau pesan :
         " Kalau nak jadikan bangsa kita ni bangsa yang hebat, kita kenalah memperkasakan bahasa ibunda kita"
 Jadi, aku kenalah ikut apa yang beliau pesan tu...untuk itu, aku nak tukar daripada slot 'ice breaking' kepada slot 'Pecah Ais'..Woha!! apa-apa je lah...
Oklah,mula-mula korang mesti nak tahu nama aku kan. Nama aku.....